Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

10 TITIK ASAS BEKAM PUSAT TERAPI SYIFA

Imej
Sudah hampir 7 tahun kami warga Pusat Terapi Syifa Shah Alam membekam lebih 10000 pesakit sejak 2007,titik asas bekam kami yang kami tekankan ialah 10 titik dibahagian belakang pesakit. Titik ini amat-amat penting kerana merangkumi titik meridian tubuh + pembuluh darah utama,kelancaran darah dikawasan kepala dan organ penting tubuh badan seperti paru-paru,jantung dan ginjal. InsyaAllah bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,segala organ tubuh badan mereka sentiasa sihat dan terjaga rapi juga aliran darah keseluruh badan akan lancar dan normal. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PERKARA ASAS YANG ANDA TAHU TENTANG BEKAM

Imej
-Peningkatan sistem imun badan -Pembuangan unsur darah toksin dari sistem darah badan -Amalan sunnah yang mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak -Perawatan penyakit sedia ada dengan kekerapan bekam seminggu sekali -Pencegahan penyakit dengan istiqomah berbekam sebulan sekali -Penyakit berat seperti sihir/kanser disyorkan berbekam pada tarikh sunnah setiap bulan iaitu 17/19/21hb kalendar islam

BEZA BERBEKAM DAN MENDERMA DARAH

Imej
- Kaedah bekam adalah perubatan dari langit - Kaedah derma darah pula adalah perubatan moden - Berbekam adalah amalan sunnah yang dapat manfaat kesihatan,pahala dan syafaat Rasulullah kelak -Menderma darah adalah amalan sedekah/menderma yang meraih pahala sahaja - Darah yang diambil semasa berbekam hanyalah darah kotor yang berada bawah epidermis kulit sahaja -Darah yang diambil semasa derma darah adalah darah bersih yang berada jauh dari bawah kulit iaitu pembuluh darah utama vena/arteri -Individu yang menderma darah badan akan sedikit lesu dalam masa sehari -Individu yang berbekam badannya bertambah cergas/ringan sejurus tamat rawatan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)