Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksin akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Ramadhan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

MEMBEKAM PELANGGAN DI LAMAN SERI SHAH ALAM

Imej
Semalam petang selesai membekam seorang VIP di Laman Seri Sect 13 Shah Alam bersebelahan rumah Capt Zahari,beliau berbekam sebanyak 25cup kerana ingin mengurangkan kandungan uric acid dari dalam badan,alhamdulillah segala urusan lancar seperti biasa.Sebelum pulang kami beri free gift sekotak habatus sawda pada pelanggan,alhamdulillah mereka puas hati. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

JOM BUANG UNSUR TOKSIN DAN TOKSIK DARI BADAN

Imej
Bila kita membekam pelanggan tekankan kebaikan bekam mampu mengeluarkan unsur toksin dan toksik dari sistem darah badan.Unsur toksin berpunca dari makanan yang berasid tinggi seperti daging dan makanan laut.Unsur toksik pula datangnya dari bahan racun kimia yang disembur pada buah-buahan dan sayuran untuk membunuh serangga secara tak langsung bahan tersebut mengandungi unsur kimia plumbum yang merbahaya pada buah pinggang untuk jangka masa panjang. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

JOM KELUARKAN URIC ACID

Imej
Uric acid adalah unsur utama yang menyebabkan gout,anda disyorkan berbekam seminggu sekali pada tempat serangan gout tersebut. Pesakit juga perlu menjaga pemakanan dimana perlu mengelakkan makanan yang ada unsur MSG/Ajinamoto,ikan bilis,daging,pulut dan juga makanan laut.

PILIHLAH TITIK BEKAM MENGIKUT TITIK AKUPUNTUR

Imej
Titik akupuntur adalah titik yang terdapat pada meridian-meridian dan ada juga yang tidak terdapat pada meridian namun mempunyai nama dan indikasi tertentu.Selain itu titik akupuntur juga terdapat pada daerah tertentu yang bila ditekan menjadi kebas atau justeru bertambah lega. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PEREMPUAN DAH SELALU TURUN DARAH KOTOR PUN KENA BERBEKAM KER ?

Imej
Ada segelintir masyarakat keliru bahawa orang perempuan tidak perlu berbekam kerana setiap bulan mereka keluar darah kotor/haid.Darah haid bermaksud dinding uterus yang runtuh akibat tiada proses persenyawaan berlaku,sedangkan darah kotor yang sebenar adalah darah yang ada unsur toksin/toksik dibawah eperdemis kulit.Kesimpulannya orang perempuan juga perlu berbekam yer istiqomah setiap bulan walaupun mereka turun darah haid/kotor setiap bulan bagi mencegah penyakit 3 serangkai. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BERBEKAM DI SIANG HARI TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Imej
Bulan Ramadhan ini kami masih beroperasi seperti biasa,jangan risau berbekam disiang hari tidak membatalkan puasa.