Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Sya'aban. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

DARAH TOKSIN YANG TERKUMPUL DALAM BADAN ADALAH PUNCA UTAMA KEPADA PENYAKIT

Imej
Bakteria dan patogen hanya akan menjejaskan kesihatan kita jika terlalu banyak toksin di dalam tubuh kita. Hal itu menyebabkan badan lemah dan kurangnya daya tahan. Walaupun setelah dicuci, dikupas dan dibuang bijinya, tidak semua racun dan bahan-bahan kimia dapat dihilangkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan organik. (USDA, US Department of Agriculture). Adalah dianggarkan bahawa setiap tahun terdapat 3.5 - 5.0 juta orang di seluruh dunia menderita akibat daripada pendedahan racun serangga yang berlebihan. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) Purata seorang rakyat Malaysia mempunyai antara 5 - 114 kali ganda racun makhluk perosak dalam darah berbanding seorang warga Amerika. (Persatuan Pengguna Penang, Malaysia) Amalan bekam amat disyorkan bagi membuang segala unsur darah yang bertoksin dari dalam badan untuk mengelakkan terjadinya sebarang penyakit dimasa akan datang.