Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

JOM BERDAFTAR DIBAWAH TCM KKM

Imej
Bagi pengamal-pengamal bekam di Malaysia yang belum bernaung dimana-mana badan/persatuan yang diselia TCM KKM,ayuh mendaftarlah sekarang jangan berlengah lagi. Sertailah kami Persatuan Pengamal Bekam Sunnah & Ruqyah Malaysia yang bernaung dibawah GAPERA iaitu panel yang dilantik TCM KKM. Mereka yang gagal berdaftar mungkin dikenakan tindakan denda RM30K oleh pihak penguatkuasa TCM KKM.Tujuan penguatkuasaan adalah untuk memastikan pengamal bekam di Malaysia mengikut SOP semasa TCM KKM dan mengelakkan penularan penyakit berjangkit pada masyarakat umumnya. Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila SMS Utz Aswat 017-209 2307

RAJINLAH BERBEKAM UNTUK NIAT MENGAMALKAN SUNNAH

Imej
-Ia adalah kaedah perubatan yang sangat disukai Rasulullah SAW dan beliau istqomah mengamalkannya setiap bulan kecuali Ramadhan kerana pada bulan itu beliau fokus untuk beribadat sahaja. -Kaedah bekam sunnah perlu ada proses melukakan kulit dan juga proses pengeluaran darah. -Amalan berbekam yang istiqomah mampu meningkat sistem imun badan umat islam. -Mampu meningkatkan prestasi organ dalaman. -Menghindari penyakit berat 3 serangkai seperti penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi. -Merawat dengan efektif segala jenis penyakit baik penyakit sihir mahupun penyakit klinikal asalkan disertai dengan pemakanan konsisten herba sunnah seperti madu/habbatus sawda. -Meningkatkan taraf kesihatan fizikal umat islam. -Bila fizikal umat islam sihat dan bebas penyakit,maka umat islam itu sendiri boleh fokus dalam segala amal ibadat. -Meningkatkan kekuatan fizikal umat islam supaya menjadi umat islam yang kuat dalam segala aspek kehidupan mahupun di medan perang kelak. -Pasangan su…

JOM BEKAM BAGI MERAWAT KELESUAN BADAN

Imej
Punca kelesuan.. -Kerap memandu -Kesesakan lalulintas -Banyak duduk sehingga lenguh-lenguh pinggang -Terlalu lama mengadap PC/Laptop -Banyak makan makanan berangin -Sistem udara yang kotor sehingga banyak menyedut oksigen yang mengandungi patogen/partikel Berbekamlah dibahagian belakang badan pada titik tengkuk,bahu,otot belikat dan pinggang,insyaAllah sejurus selesai berbekam anda badan anda kembali cergas serta segar semula. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MINGGU BERBEKAM KEMBALI

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Rejab. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

ALATAN NYAHKUMAN BAGI KERJAYA JURUBEKAM

Imej
1) Dettol Spray-Boleh didapati di Guardian untuk disembur pada bilik bekam selepas proses berbekam bagi nyahkuman pada ruang udara bilik rawatan bekam. 2) Dettol Hand Soap-Boleh didapati di Guardian untuk proses cucian/steril cawan bekam dan juga membasuh tangan selepas sesi membekam pelanggan/pesakit. 3) Dettol Wet Tissue-Boleh didapati di Guardian untuk lap/steril pada kawasan badan yang sudah dibekam. 4) UV Sterilizer-Boleh didapati di MagicBoo untuk kegunaan steril cawan dan juga pen bekam.