Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

HARI TERAKHIR TARIKH SUNNAH 21 Muharam

Imej
Hari ini adalah hari terakhir tarikh sunnah iaitu bersamaan 21 Muharam,jom beramai-ramai datang berbekam yer... Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

JAGA OTOT PINGGANG ANDA DENGAN BERBEKAM

Imej
Pinggang akan lenguh/sengal jika.. -Duduk terlalu lama -Bersukan sehingga terlalu penat -Memandu/menunggang motosikal terlalu lama -Kerap onani -Terlalu kerap melakukan hubungan seks dalam sehari -Makanan/minuman yang banyak mengandungi angin seperti air gas dan pulut -Kerap minum minuman berais -Kerja berat -Berdiri terlalu lama -Kandungan toksid/toksin tinggi dalam darah Untuk merawat semua masalah diatas,anda disyorkan sebulan sekali berbekam dibahagian otot pinggang,insyaAllah otot pinggang anda kuat dan tidak lenguh lagi... Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17,19 & 21 MUHARAM)

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

APA YANG DIKELUARKAN DARI BADAN SEMASA BERBEKAM..

Imej
-Angin -Uric acid penyebab gout -Darah yang mengandungi toksid -Darah yang mengandungi toksin -Gula yang berlebihan dalam darah -Kolestrol -Darah kotor yang bertali akibat gangguan jin Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

JOM RAWAT WAJAH KUSAM DENGAN BERBEKAM

Imej
Bagi kaum wanita yang berwajah kusam dan hilang seri saya syorkan anda berbekam 2 minggu sekali sekitar tengkuk,bahi dan pip serta dagu.Tujuan berbekam ini ialah untuk membuang darah kotor yang mengalir sekitar kepala,mencegah jerawat,melancarkan aliran darah bersih sekitar kepala dan mencanntikkan tekstur kulit wajah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

JERAWAT KECUT SETELAH BERBEKAM

Imej
Bagi kaum wanita mengalami wajah kusam dan masalah jerawat yang berlarutan,anda disyorkan berbekam dikawasan tengkuk dan muka,insyaAllah dalam sekali sesi berbekam anda akan nampak perubahan yang ketara.Khasiat berbekam dikawasan tengkuk ialah dapat membersihkan darah dikawasan muka dan khasiat bekam wajah pula ialah menaikkan seri,mengeluarkan nanah,darah kotor penyebab jerawat dan memperbaiki tekstur kulit wajah juga. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)