Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

BAGAIMANA SISTEM BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Imej
-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia. -Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses pe…

PEMAKANAN HABBATUS SAWDA MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Imej
Habbatus sawda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa serta polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi dan sebagainya. Sistem kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser,AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain. "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam" Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

TURUNKAN KOLESTROL DENGAN AMALAN BEKAM

Imej
Bagi mereka yang mengalami masalah kolestrol yang tinggi/tekanan darah tinggi,anda disyorkan berbekam sebulan sekali,insyaAllah kadar kolestrol dalam darah akan menurun.Kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah akan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke,jadi berbekamlah untuk mengelakkan penyakit tersebut terkena pada diri kita. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

KHASIAT BEKAM BETIS

Imej
Antara manfaatnya ialah.. -Merawat masalah kebas kaki apabila bersila terlalu lama -Mengelakkan masalah kejang ketika bersukan -Menurunkan kuantiti uric acid sekaligus mencegah penyakit gout Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah berbekam untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21 Ramadhan nie. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

BERBEKAM TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Imej
Bagi mereka yang berhajat untuk berbekam disiang hari pada bulan ramadhan ini jangan risau yer,amalan bekam sunnah tidak membatalkan puasa anda.Sekiranya anda terlalu letih/lemah berbekam disyorkan sebelam malam,harap maklum..

AMALAN BERBEKAM MENGURANGKAN KANDUNGAN URIC ACID DALAM DARAH

Imej
Sumber makanan yang mengandungi uric acid yang tinggi ialah makanan laut dan juga daging merah.Jika kandungan uric acid terlalu tinggi dalam darah ia akan menyebabkan penyakit gout dan juga masalah buah pinggang.Untuk mengelakkan penyakit tersebut anda disyorkan berbekam sebulan sekali,insyaAllah kandungan uric acid dalam badan anda ditahap yang minimum dan kesihatan badan pun kekal terpelihara. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)