Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

CUKA MAKAN MENGURANGKAN SAKIT AKIBAT GANGGUAN

Imej
Bagi mereka yang sakit akibat gangguan jin,adakalanya akan ada rasa menyucuk/sengal dikawasan tertentu anggota badan,contohnya pada otot pinggang,tulang belakang,jantung,dada,rusuk dan sebagainya.Untuk mengatasinya ialah buka botol cuka makan,bacakan Bismillah 3x dan Kursy 7x lalu tiup 10saat pada cuka tersebut.Apabila anda terasa sakit akibat gangguan,sapukan cuka makan ruqyah tadi pada tempat yang sakit 3-5x sehari,insyaAllah berkesan,selamat

SEL T LIMFOSIT AKAN BANYAK DIHASILKAN SELEPAS BERBEKAM

Imej
Sel T Limfosit adalah bahan utama dalam pembentukan sistem antibodi badan,apabila kita konsisten berbekam maka banyaklah SEL T Limfosit terhasil pada kawasan yang kita bekam sekaligus sistem pertahanan badan meningkat dalam melawan segala penyakit. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

24hb MAULUD NABI KAMI BUKA SEPERTI BIASA

Imej

TITIK YANG PALING AFDHAL BERBEKAM

Imej
Titik yang paling afdhal berbekam ialah di pusat kepala,kerana ia mampu merawat penyakit angin ahmar,hipertensi,pening berpusar,migrain,mencerahkan mata,menghilangkan stress dan menyembuhkan masalah sihir. Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Rasulullah SAW pernah berbekam dikepalanya dan menyebutnya dengan nama Ummu Mughtis"

BAGAIMANA SISTEM BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Imej
-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia. -Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses …

DIAGNOSIS BEKAM KAEDAH TEKAN KUKU

Imej
Ini adalah satu kaedah dianosis penyakit yang agak mudah,tekan kuku ibu jari anda 10saat dan lepaskan semula,jika kuku jari anda agak lambat bertukar menjadi merah,maka organ reproduksi anda sedang bermasalah contohnya seperti masalah senggugut,haid tidak teratur dan sukar mengandung. Anda disyorkan menjalani rawatan bekam 10cup disekitar belakang badan,insyaAllah organ reproduksi anda kembali normal dan lancar semula. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Imej
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)