Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

ESOK TAHUN BARU KAMI BUKA SEPERTI BIASA

Imej

JANGAN BIARKAN DARAH KOTOR BERKUMPUL DALAM BADAN

Imej
Jin boleh bergerak dalam saluran darah badan manusia,saluran darah yang jin suka lalui ialah saluran darah yang kotor.Jadi untuk membuang darah kotor dari badan,segeralah anda semua diluarsana menjalani rawatan bekam lagipun ia amalan sunnah.Bila badan bersih dari darah kotor,semua organ dalaman berfungsi dengan efisiyen dan pengaruh gangguan jin pada manusia akan menjadi minimum,insyaAllah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

93 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH BEKAM

Imej
1 Kegemukan (Obesiti) 2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut) 3 Sciatica (Sakit Pinggang) 4 Sakit Perut 5 Sembelit 6 Gangguan Jantung & Lambung 7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru 8 Alergi Makanan 9 Sengal Tulang 10 Sesak Nafas 11 Asma 12 Insomnia (Susah Tidur) 13 Cirit Birit 14 Kejang Otot 15 Kencing Manis 16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati 17 Menggigil Tanpa Demam 18 Kencing Malam 19 Tonsil 20 Gatal-Gatal (Harsh) 21 Radang Usus Besar 22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress) 23 Gangguan Pundi Empedu 24 Pusingan Haid Tidak Teratur 25 Ginjal 26 Tekanan Darah Tinggi 27 Sakit-sakit Lutut 28 Sakit-sakit Di Kaki 29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang 30 Gangguan Jiwa 31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok) 32 Encok (Gout) 33 Rematoid 34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal 35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh 36 Sinus 37 Sakit Di Daerah Perut 38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk 39 Buasir 40 Penyakit Jantung 41 Mandul 42 Terlalu Banyak …

HARI KRISMAS KAMI BUKA MACAM BIASA

Imej

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL

Imej
Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam... Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

URUTAN 2MIN DILAKUKAN PADA TITIK YANG INGIN DIBEKAM

Imej
Jurubekam perlu mengurut-urut dengan minyak selama 2min pada titik-titik badan yang ingin dibekam supaya otot jadi lembut dan tidak tegang serta menggalakkan pengeluaran darah kotor dengan banyak semasa proses berbekam dijalankan.

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM

Imej
Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung. Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan,insyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

CABUT URIC ACID ANDA DENGAN BERBEKAM

Imej
Bagi mereka yang mengalami masalah gout,punca utama masalah tersebut adalah dari uric acid yang tajam telah menyerang sendi kaki anda.Jangan biarkan uric acid menyerang kaki anda,cabutlah uric acid tersebut dengan kaedah berbekam pada kawasan yang sakit.InsyaAllah dengan sekali berbekam,sakit gout anda berkurangan sebanyak 50%,anda disyorkan datang lagi dalam masa seminggu untuk susulan bagi mengeluarkan kesemua saki baki uric acid tersebut. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM KECANTIKAN

Imej
Bekam kecantikan ialah berbekam untuk menghilangkan sebarang jerawat pada muka dan juga pembersihan darah kotor disekitar pembuluh darah kawasan muka.Kawasan titik bekam yang terlibat ialah bawah mata,atas mata dan juga tengkuk.InsyaAllah perjalanan darah akan menjadi lancar dan jerawat sedia ada akan jadi kecut.Lelaki dan wanita boleh cuba rawatan bekam kecantikan ini yer.. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

HILANGKAN STRESS & KELESUAN DENGAN BERBEKAM

Imej
Badan yang banyak angin akibat kerja yang berlarutan akan membuatkan badan seseorang menjadi lesu.Selain angin, tekanan kerja yang berterusan juga menyebabkan stress serta ketegangan urat/otot bahagian tengkuk dan bahu. Demi melembutkan urat/otot yang tegang serta menyegarkan tubuh badan dari masalah kelesuan anda disyorkan berbekam 10cup dibahagian belakang badan,insyaAllah sembuh. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

APA ITU BEKAM SIHIR ?

Imej
Bekam sihir adalah satu kaedah bekam darah bagi pesakit gangguan jin,titik bekam sihir disusun oleh perawat islam yang berpengalaman dalam bidang rawatan sihir,maksudnya titik bekam sihir adalah lokasi kegemaran jin dalam badan manusia.Apabila selesai proses berbekam,pesakit akan terasa ringan dan kesakitan akibat unsur gangguan akan berkurangan sehingga 60%,insyaAllah. Jurubekam amatur/jurubekam baru yang tiada pengalaman dalam bidang merawat sihir adalah tidak dianjurkan membekam pesakit sihir,ini kerana serang balas sihir agak bahaya jika roh dalaman tidak kuat.Sebelum membekam pesakit jurubekam perlu membaca ayat perlindungan seperti Kursi dan 3 Qul dan semasa proses bekam pula zikir "Allah" perlu dibaca jangan putus dalam hati,insyaAllah jurubekam dilindungi oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SENGGUGUT DAN HAID TIDAK TERATUR SEGERA BERBEKAM

Imej
Bagi kaum wanita yang mengalami masalah senggugut dan haid tidak teratur anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali,bagi membuang segakla darah kotor serta melancarkan semula sistem peredaran darah dikawasan organ peranakan.Masalah senggugut selalu terjadi pada kaum wanita yang belum berkahwin dan ini akan menyebabkan sakit perut yang ekstrem sehingga menyebabkan mereka moody dan mudah marah.Bagi kaum wanita yang sudah berkahwin tetapi sistem haid tidak teratur,untuk jangka masa panjang akan menyebabkan mereka sukar hamil.Titik bekam utuk mengatasi masalah ini ialah berbekam dikawasan pinggang,pinggul serta bawah pusat,insyaAllah sembuh.. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)