Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

KAUM WANITA JOM BERBEKAM !!!

Imej
Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam,anda akan mendapat 2 barang percuma iaitu sebotol toner aura seri dan sebotol minyak kasturi ruqyah.Khasiat toner aura seri ialah ia semburan air mawar yang dibacakan ruqyah khas untuk menghilangkan wajah kusam dimuka dan menaikkan seri wajah.Manakala khasiat kasturi ruqyah pula ialah untuk menghindari gangguan makhluk halus,ia dipakai sebelum tidur malam dan juga sebelum solat. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

KENAPA PENYAKIT SIHIR BERULANG-ULANG ?

Imej
Jawapannya mudah sahaja,kerana tapak gangguan dalam badan pesakit tidak dipecahkan...Jin secara umumnya boleh bergerak dalam aliran tubuh manusia,aliran darah yang jin suka tinggal/lalui ialah aliran darah yang kotor iaitu betul-betul dibawah permukaan kulit badan manusia.Kaedah bekam pula adalah satu proses melukakan/menusuk lapisan kulit untuk mengeluarkan darah kotor dari badan.Kesimpulannya bagi pesakit gangguan yang sering berulang-ulang,anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali pada anggota badan yang sakit,insyaAllah pengaruh gangguan jin akan berkurangan dari hari kehari kerana tapak gangguan tersebut sudah mulai pecah/musnah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PASTIKAN JURUBEKAM ANDA MEMPUNYAI UV STERILIZER

Imej
Kebersihan adalah aspek utama dalam industri bekam,pelanggan ada hak untuk menegur tahap kebersihan bilik bekam/peralatan bekam kerana jika aspek kebersihan tidak diambil berat,dikhuatiri tahap kualiti rawatan bekam menurun dan mudah juga dalam penyebaran penyakit/wabak. UV STERILIZER adalah satu alat yang digunakan selama 10min untuk menyahkuman cawan bekam dan juga pen bekam.Kaedah pembunuhan kuman ini sepenuhnya menggunakan kekuatan cahaya UV yang bertindak amat-amat efektif berbanding kaedah lama cucian antiseptik DETTOL. Bagi jurubekam yang belum memiliki UV STERILIZER,anda disyorkan membelinya di Kedai MAGICBOO Seksyen 9 Bangi atau di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam,harganya sedari RM220-RM270 setiap unit.

JENIS-JENIS SAKIT KEPALA

Imej
Sakit Kepala SINUS. Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus). Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening. Kepala terasa berdenyut-denyut. Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih. Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus. Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap. Sakit Kepala MIGRAIN. Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari. Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah. Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi. Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan. Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya. Sakit Kepala TEKANAN DARAH TINGGI. Sakit ini menyebabkan kepala terasa berat d…

SAIZ JARUM 21G DISYORKAN UNTUK JURUBEKAM PROFESIONAL

Imej
Saiz jarum dalam industri rawatan bekam ada 3 jenis,21g 23g dan 26g.Lagi besar dan lebar jarum tersebut maka lagi banyaklah darah toksid yang keluar ketika proses berbekam maka tahap kesembuhan akan maksimum.Saiz 21g adalah saiz yang paling lebar maka ia adalah saiz yang disyorkan untuk jurubekam profesional...

TITIK BEKAM KAWASAN ULU HATI MENSTABILKAN HORMON BERAT BADAN

Imej
Ada sesetengah individu kuat mana makan sekalipun tapi badan tetap kurus dan ada sesetengah individu kurang makan bagi menguruskan badan yang gemuk tapi tidak turun-turun juga.Masalah ini adalah hormon pengatur berat badan anda bermasalah serta organ pencernaan kurang efektif dalam menyerap zat makanan.Titik bekam yang sesuai untuk mengatasi masalah ini ialah pesakit perlu berbekam seminggu sekali dibahagian dada dan ulu hati secara konsisten,insyaAllah anda akan mendapat berat badan yang ideal. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

DIAGNOSIS BEKAM-KUKU JARI

Imej
Lihat pada pangkal kuku ibu jari anda,jika lingkaran sabit pada kuku berwarna merah muda menandakan peredaran darah pada organ pankreas agak kurang baik.Jika fungsi pankreas menurun orang yang berkenaan akan mudah lesu dan jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan penyakit kencing manis. Bagi mengatasi masalah tersebut pesakit perlu berbekam pada kawasan belakang badan serta bahagian dada berhampiran abdomen sebulan sekali,insyaAllah fungsi Pankreas anda kembali lancar seperti biasa.

BERBEKAM MENGHINDARI MASALAH JANTUNG

Imej
Berbekam sebulan sekali secara konsisten dibahagian dada sebelah kiri dan juga otot belikat bahagian kiri dalam 10cup.Khasiat titik bekam ini ialah untuk merawat segala masalah yang berkaitan organ jantung dan bagi orang sihat pula insyaAllah anda akan dihindari dari serangan penyakit jantung. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SENGGUGUT DIATASI DENGAN BERBEKAM

Imej
Penyakit senggugut adalah simptom sakit perut kerana masalah ketidaklancaran pengeluaran darah haid ketika period dan ia kerap berlaku pada wanita bujang.Bagi menlancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pingang dan pinggul serta dikawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL

Imej
Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam... Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

RAWATAN SANTAU PUNCAK ALAM

Imej
Malam tadi kami merawat satu kes santau berat,seorang anak dara 20an muntah darah dan berak darah akibat angkara sihir santau,jika lambat dirawat boleh membawa maut.Tanpa melengahkan masa kami seperti biasa membacakan ayat ruqyah pembatal sihir pada madu,air dan tubuh pesakit selama 15min.Selama diperdengarkan ayat-ayat ruqyah pesakit ketakutan dan menggigil yang amat sangat,selepas sesi ruqyah tamat pesakit merasakan ada sesuatu keluar dari ubun-ubunnya.Pesakit dibekalkan madu dan air doa untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,pesakit juga perlu berpantang 3 bulan memakan makanan yang ada unsur limau dan cuka.Rawatan tamat.. Bagi rawatan sihir,pagar rumah atau buang saka kerumah untuk kawasan KL/SEL sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449. Bagi khidmat rawatan bekam kerumah kawasan KL/SEL untuk pesakit wanita,suami isteri atau family sila SMS ke Cik Aini 016-626 4971.

RAWATAN SIHIR PUKAU DI BANTING

Imej
Bulan lepas saya dijemput untuk merawat kes sihir pukau di kawasan Banting,mangsa adalah ibu tunggal berusia 40an.Alkisahnya mangsa ada berkenalan dengan seorang lelaki yang juga seorang pengamal perubatan tradisional di kawasan tersebut.Semenjak berkawan dengan lelaki tersebut mangsa gemar memberi pinjaman duit sehingga habis puluhan ribu ringgit tanpa disedari.Mangsa juga semakin hari semakin kuat termenung dan kelihatan agak bodoh dari dahulu.Dipendekkan cerita,anak kepada mangsa menelefon saya untuk merawat ibunya.Saya terus meruqyah pesakit yang sedang kebingungan itu dalam masa 15min kemudian pesakit diberi minum dan mandi bagi menawarkan sihir pukau tersebut.Semasa di ruqyah pesakit merasa panas pada seluruh badan,alhamdulillah setelah tamat sesi ruqyah,minum dan mandi pesakit sudah mulai sedar dan normal,rawatan tamat.. Bagi rawatan sihir,pagar rumah atau buang saka kerumah untuk kawasan KL/SEL sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449. Bagi khidmat rawatan bekam kerumah kawasa…

DIAGNOSIS BEKAM KAEDAH TEKAN KUKU

Imej
Ini adalah satu kaedah dianosis penyakit yang agak mudah,tekan kuku ibu jari anda 10saat dan lepaskan semula,jika kuku jari anda agak lambat bertukar menjadi merah,maka organ reproduksi anda sedang bermasalah contohnya seperti masalah senggugut,haid tidak teratur dan sukar mengandung. Anda disyorkan menjalani rawatan bekam 10cup disekitar belakang badan,insyaAllah organ reproduksi anda kembali normal dan lancar semula. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MENGAPA TIBA-TIBA JANTUNG BERDEGUP KENCANG ?

Imej
Fungsi umum jantung ialah mengepam darah keseluruh organ dan saluran darah sistem badan manusia,tetapi ramai yang tidak tahu fungsi jantung selain mengepam darah ialah dapat mengenalpasti aura jin yang berhampiran pada badan kita.Jika ada jin yang jaraknya lebih kurang 1m dari badan kita,maka secara automatik jantung kita akan tiba-tiba berdebar/berdegup kencang.Subhanallah dahsyatnya ciptaan jantung dari Allah SWT...

DARAH GANGGUAN JIN

Imej
Apabila kita membekam pesakit,dan darah kotor yang keluar semasa proses berbekam dalam bentuk bertali kemudian disertai bintik-bintik hitam seperti terbakar pada kawasan yang telah kita tusuk dengan jarum bekam tersebut. Apabila terjadi demikian,jurubekam perlulah membaca kursi dan 3 qul dalam hati untuk menghindari serang balas gangguan jin pada tubuh pesakit. Bekalkan pesakit sebotol air mineral kecil yang sudah dibacakan fatehah,kursi dan 3 qul untuk pesakit minum dan mandi dengan ais selama sehari,insyaAllah penyakit gangguan yang ada dalam tubuh pesakit akan beransur kurang.Ini kerana secara tak langsung 2 kaedah rawatan ampuh kita sudah berikan iaitu al hijamah dan terapi air ruqyah kerana 2 kaedah tersebut terbukti ampuh dalam menyembuhkan sebarang penyakit berkaitan gangguan jin. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)