HABBATUS SAUDA MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT SEMBELIT

PUNCA PELBAGAI PENYAKIT USUS...

- Pencemaran udara, air dan makanan yang mengandungi pelbagai toksin. - Pengambilan makanan seharian yang banyak mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. - Cara hidup yang kurang bersenam boleh menyebabkan pengumpulan bahan buangan bertoksin di dalam usus. - Masalah obesiti atau berat badan yang berlebihan.

SEMBELIT...

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan. Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit. Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

KETAHUILAH...

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Mungkin ada yang tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada diri manusia. Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser. Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum sarapan pagi. Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid dan menyembuhkan gigitan serangga.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Catatan popular daripada blog ini

JANGAN SAMPAI JADI BLISTER..