Pengikut

Rabu, 14 Mac 2012

JIN SUKA MENDIAMI DARAH KOTOR PADA BADAN MANUSIA




Dalam hadis sahih ada menyebut jin/syaitan bergerak dalam badan manusia mengikut aliran darah manusia.Jin pengganggu memang suka situasi yang kotor seperti darah kotor manusia,jadi bagi mereka yang menghidapi masalah gangguan jin,dengan kaedah berbekam insyaAllah gangguan jin anda berkurangan sebanyak 60% kerana darah kotor keluar dari badan semasa berbekam.Seperti yang saya nyatakan dahulu darah bekam yang ada unsur gangguan jin bentuknya bertali.Jadi jin pengganggu akan semakin lemah dan kehilangan tapak pada badan manusia.

Jadi disyorkan mana-mana pesakit gangguan jin pergilah berbekam selain mendapatkan rawatan ruqyah sebelum-sebelumnya,insyaALLAH kesembuhan akan maksimum.


Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari