TANDA-TANDA SAKIT PINGGANG

Ketahui penyakit buah pinggang terhadap wanita.

Jangkitan buah pinggang merupakan penyakit teruk untuk tubuh. Ia bukan sahaja berbahaya, tetapi ia juga turut menyakitkan. Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi akibat dan gejala-gejalanya berbeza. Lelaki dan wanita, kedua-duanya mempunyai gejala-gejala yang berbeza. Begitu juga akibatnya.
Gejala-gejala penyakit buah pinggang terhadap wanita berlaku kepada wanita dalam kumpulan usia 20 - 40 tahun.

Tanda-tanda gejala-gejal penyakit buah pinggang terhadap wanita adalah seperti berikut:

* Pembengkakan, terutamanya pada kaki.
* Pengeluaran air kencing yang kurang atau tidak ada.
* Dahaga dan mulut kering.
* Degupan jantung terlalu pantas.
* Rasa pening apabila berdiri.
* Hilang selera makan, loya dan muntah.
* Rasa keliru, gelisah, atau mengantuk.
* Sakit pada satu bahagian belakang, di bawah sangkar rusuh dan atas pinggang.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil 1453, 23-29 September, m/s 48

Catatan popular daripada blog ini

JANGAN SAMPAI JADI BLISTER..