INFO KESIHATAN: CARA ATASI PENYAKIT BATU KARANG

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidapi masalah kesihatan tertentu. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

1. MINUM banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. ELAKKAN minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. KEKURANGAN vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledekm berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
4. ELAKKAN makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. KURANGKAN pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. BANYAK makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. KURANGKAN sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan denga protein tumbuh-tumbuhan.
8. KURANGKAN minum kopi, teh dan berkafaien....

Sumber: MIDI, Bil 117, 15 Julai 2011, m/s 103

Catatan popular daripada blog ini

JANGAN SAMPAI JADI BLISTER..