Pengikut

Sabtu, 24 September 2011

INFO KESIHATAN : BELL PALSY


Kelumpuhan Sebelah Bahagian Muka


APA Bell Palsy?
Bell Palsy adalah keadaan yang menakutkan kerana gejala-gejalanya mirip dengan strok. Tetapi Bell Palsy dan strok jelas amat berbeza. Biasanya strok menyebabkan kelumpuhan pada anggota pergerakan lain seperti tandan dan kaki dan disertaiaa gejala-gejala sakit kepala, pengsan, sukar bercakap dan biasanya lidah jika dijulurkan akan senget. Bell Palsy adalah kelemahan sementara atau kelumpuhan otot-otot pada bahagian sebelah muka. Bell Palsy pula menyerang saraf muka 7 (Carnial Nerve VII) yang boleh menyebabkan kempuhan muka di salah satu sisi, kiri atau kanan dari muka. Saraf tersebut akan membengkak sehingga tidak berfungsi dengan baik.

MENGAPA Bell Palsy boleh dihidapi?
Bell Palsy kerap dikaitkan dengan jangkitan virus seperti herpes (virus yang menyebabkan kudis sejuk), Epstein-Barr (virus yang menyebabkan mono) atau influenza. Ia juga berkait dengan agen berjangkit yang menyebabkan penyakit Lyme. Kebanyakan orang tidak akan mengalaminya tetapi ada antara daripada kita, sistem imun memberi tindak balas kepada jangkitan virus yang membawa kepada inflamasi pada saraf.

SIAPA yang mudah dihidapi oleh Bell Palsy?
Bell Palsy boleh memeri kesan pada semua peringkat umur, tetapi ia biasa berlaku pada orang dewasa. Mereka yang menghidapi diabetes dan wanita hamil adalah mereka yang mudah untuk mendapat Bell Palsy.

BILA tanda-tanda dan gejala-gejala Bell Palsy boleh dikenalpasti?
Gejala-gejala Bell Palsy selalunya akan mula timbul kira-kira satu atau dua minggu selepas jangkitan virus dan akan mencapai peringkat teruk dalam masa 48 jam.

Tanda-tandanya ialah:

* sakit kepala
* sakit belakang badan
* sakit hadapan telinga
* menyedari satu bahagian muka seperti terjatuh @ rasa kaku
* tidak berupaya menggerakkan bahagian muka

Gejala-gejalanya ialah:

* kesukaran untuk menutup sebelah mata
* kekeringan pada sebelah mata
* kesukaran untuk merasa bahagian hadapan lidah
* perubahan jumlah air liur
* bunyi pendegaran yang lebih kuat daripada biasa pada satu bahagian telinga

BAGAIMANA kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit Bell Palsy?
Sesetengan doktor akan memberi ubat preskripsi bagi mengurangkan inflamasi seperti ubat titis mata, penutp mata dan kaca mata perlindungan bagi mencegah kerosakan pada kornea pesakit. Kebanyakan penghidap Bell Palsy akan sembuh sepenuhnya dalam masa 1-3 bulan. Namun begitu, ada juga antara penghidapnya yang akan kekal dengan kelemahan muka walaupun selepas sembuh daripada Bell Palsy.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil 1419, 28 Januari - 3 February 2011, m/s 48