Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

BEKAM TITIK DI KAWASAN TENGKUK ADALAH TITIK WAJIB

Imej
Proses bekam/al hijamah adakalanya melibatkan banyak titik bergantung kepada jenis penyakit seseorang.Titik yang paling penting dalam proses al hijamah ialah 4 titik bekam di kawasan tengkuk yang melibatkan titik al kahil,titik qumah duwah dan juga al akhdain.Titik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang strategik dimana pembuluh darah utama badan melalui titik tersebut,dan apabila proses al hijamah dilakukan kesemua darah kotor yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama sistem peredaran darah badan.

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN

Imej
Hampir 2 tahun saya dan Utz Hanafiah menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam.Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas,ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izinNya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin diluar sana yang masih lagi menderita penyakit santau,sihir dan juga saka,saya syor anda istiqomah 2 minggu sekali menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah,insyaAllah penyakit gangguan jin anda cepat sembuh,jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam al quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT.Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan,nasihat kami ialah utamakanlah kaedah al quran dan sunnah....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,PUSAT RAWATAN BEROPERASI SEPERTI BIASA

Imej