Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010
Imej
DIAGNOSIS BEKAM-Mendengar suara pesakit.

-Suara keras dan kuat :Keadaan panas.

-Suara lemah dan pecah :Keadaan sejuk,kurang kekuatan dan imun tubuh.

-Serak dan kehilangan suara :Faktor panas dan sejuk dari luar.

-Batuk dalam dan lendir jernih :Angin sejuk menyerang paru-paru.

-Batuk mendadak dan lendir pekat :Panas dalaman di paru-paru.

-Batuk berkahak :Penghasilan lendir berlebihan.
Imej
DIAGNOSIS BEKAM-Analisa kulit wajah

Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-

-Biru (hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.

-Merah (jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.

-Kuning (limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.

-Putih (paru -paru) :Gangguan aliran darah dalam tubuh.

-Hitam (ginjal) sejuk/pedih :Kurang tenaga dan darah tersumbat.
Imej
POINT BEKAM DALAM MERAWAT SEBARANG PENYAKIT GANGGUAN JIN(HISTERIA/SIHIR/SAKA)

-Pesakit disyorkan berbekam seminggu sekali sebanyak 3x sesi.

-Pembekam perlu ada pendinding diri.

-Pesakit perlu diberikan air madu yang sudah dibacakan ruqyah sejurus selesai sesi berbekam.

-Bagi sedutan bekam dibahagian pusat kepala,disyorkan sedutan sebanyak 3x sesi.